بسم الله الرحمن الرحيم
KAMI SANGAT MEMERLUKAN DANA BAGI MENAMPUNG
KOS BARANG DAPUR
Kepada: Para Penderma dan Penyumbang/Pengeluar Zakat
YH. Dato' & Datin/Tuan/Puan,
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته.....
SUMBANGAN BARANGAN MENTAH (BASAH & KERING) BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR DI SRITI AN NUR SEMANYIR,ENDAU
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.
2.Adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran SRITI AN NUR mempelawa Tuan/Puan bagi membuat sebarang sumbangan Barangan Mentah Seperti berikut:
Beras
Minyak Masak
Perisa Minuman
Dan lain-lain
3.Sehubungan itu, bagi ibubapa/Penjaga/Individu/Syarikat/Agensi dan Jabatan Kerajaan yang berhasrat untuk menjana "Saham Akhirat"melalui sumbangan derma ini, bolehlah terus menghantar ke Premis kami atau terus menghubungi Ustaz Ayub bin Azizol (Guru Besar) melalui talian 019-717 6251 atau terus datang ke SRITI AN NUR SEMANYIR.
Sekian, terima kasih.
"Dipimpin Untuk Memimpin"